KENAPA SAYA GUNA KAYU SUGI?
Saya mempunyai MASALAH plak gigi. Walaupun saya dah cuci (scaling) gigi saya, tetapi dalam masa 3-4 bulan sahaja plak gigi akan tumbuh semula. Kadang-kadang saya cungkil sendiri guna kuku, sebab "rimas" dengan plak gigi tu. Nak kata tak gosok gigi, hari-hari pun saya gosok gigi (semua orang pun gosok gigi kan). Bangun tidur, nak tidur, lepas makan memang saya gosok. Guna mouthwash, guna dental floss tapi?, masalah plak gigi masih ada. Setiap tahun nak buat scaling ngiluuu dengar bunyi mesin.
Selain tu, saya rasa mulut kadang-kadang berbau tapi bukan la bau yang kritikal. Saya tak tahu orang lain boleh bau atau tidak (kalau bau mulut saya merimaskan, saya minta maaf banyak-banyak), tapi yang penting saya sendiri boleh bau. Jadi saya rimas, rimasssss...air pun minum banyak dah..tapi.......masalah tak juga selesai.
Ada satu hari saya pergi ke satu pasaraya, di gerai kecil i.e. booth, saya terjumpa satu booth yang menjual majalah dan juga MENJUAL KAYU SUGI. Ada la dalam lingkungan 10 batang kayu sugi yang dipamerkan. Saya tahu tentang kayu sugi, tapi tak pernah gunakannya. Cuma tahu bentuk dan gambar melalui internet sahaja.
Saya buat keputusan untuk membeli 2 batang kayu sugi, untuk mencuba. Mula-mula cuba rasa lidah dan bibir macam pedas, tapi saya layankan aje dan terus guna. Dan saya TERKEJUT!
Walaupun baru beberapa minggu sahaja amalkan berus gigi guna kayu sugi, plak gigi telah tertanggal..bukan-lah semua tetapi boleh nampak keberkesanan dan kehebatan kayu sugi ini. Bau mulut juga telah TIADA. GIGI JUGA LEBIH PUTIH dan sebutan huruf ketika solat dan mengaji Al-Quran juga lebih MUDAH. Alhamdulillah..
Sejak daripada itu, saya putuskan untuk melakukan kempen ini. Sebabnya saya mahu kita semua juga mendapat manfaat daripada kayu sugi ini.
Anda mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza. Kalau sudi, boleh kongsikan di sini.
Like & Share untuk sama-sama berkempen:
FB page: Kayu Sugi - Miswak
Call/sms/whatsapp: 019-2281781
Email: kempenkayusugi@gmail.com
No comments:
Post a Comment